Sunday, September 14, 2008

Autumn Fall in Tokyo


Saya dan keluarga yang berada di Hachioji, Tokyo, Jepun mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Fitri dan maaf zahir dan bathin kepada saudara-mara,rakan-rakan dan sahabat handai yang mengenali saya,walau di mana berada terutamanya mereka di Malaysia.

1 Syawal 1429H

Sunday, June 29, 2008

DUNIA TERLALU TUA, AKHIRAT MENJELANG TIBA

INILAH yang dikatakan Islam asalnya dagang dan akan kembali dagang maka beruntunglah orang yang mempertahankan Islam di waktu dagangnya.

Sebenarnya setiap apa permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan kita, kita perlu melihat kembali bagaimana ia diselesaikan sewaktu Rasulullah masih bersama dengan umat Islam.Apa yang berlaku pada masyarakat hari ini adalah ketandusan contoh. Anak-anak muda mengambil contoh yang terhidang seperti di INTERNET,TV,MEDIA MASSA YANG LAIN.Sedihnya kebanyakannya yang negatif. Begitulah manusia begitu ketandusan contoh.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu teladan yang baik, jadi mengapa kita tidak cuba mengenali Rasul kita dan menjadikan baginda contoh ikutan di dalam segenap aspek kehidupan.nasihat untuk diri saya juga, marilah kita sama-sama menteladani peribadi Rasulullah s.a.w. untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.

Selamat menyambut bulan Rejab.

Monday, June 2, 2008

Mintalah dengan Allah!!


Mengelakkan suami/isteri dan anak2 bergaduh:Surah Al Baqarah - Ayat 102
Semoga anak2 pandai belajar :Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Semoga anak2 lembut hati/elak panas baran:Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,S.Al Hasyr - Ayat 22-24
Kepada anak2 malas sekolah:Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding diri: Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam:Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Sebagai pendinding rumah:Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air dan spray sekeliling rumah.
**Fahami maknanya dan amalkan dengan ikhlas...walahu'alam

Monday, May 5, 2008

BUKU-BUKU BAKAL DITERBITKAN JUN~OGOS 08


Pengarang Zainol AAJ dijangka dapat menerbitkan 4 @ 5 buah buku menjelang Jun ke Ogos tahun ini.Buku-buku itu berkaitan dengan bahasa dan juga budaya Jepun.


Antara judul-judulnya ialah:
1 Ocha ke Kopi O
2 Syoknya bahasa Jepun
3 Syoknya bahasa Melayu
4 Kamus Medik Tri Lingual
5 Kamus Kata Kerja Tri Lingual
nantikan keluarannya tidak lama lagi!!!!!

TAKRAW AMAL 1ST MAY 08


Semangat silaturrahim berjaya diwujudkan dengan mengadakan pertandingan sepaktaraw Al Ulum kd 9 dan 7 regu telah mengambil bahagian.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berusaha Dato' Termizi. Sumbangan amal kepada surau Al Ulum berjaya dikutip sebanyak RM325.80 dan diserahkan kepada Pengerusi Surau,Tuan Haji Ali Mungai. Terima kasih kepada penyumbang khususnya ahli kelab takraw Al Ulum KD9.

Tuesday, April 22, 2008

AAJ e YOKOSO


Selamat datang kepada kumpulan ke 27 ke AAJ dan semoga dapat mengamalkan konsep sabar dan syukur dalam mendalami ilmu persediaan ke Jepun di AAJ....wasallam

Sunday, April 20, 2008

TAZKIRAH 8: renungkanlah.....

Antara 9 Mimpi Rasulullah SAW;
Dari Abdul Rahman Bin Samurah ra, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan......"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku dikerumuni oleh syaitan dan iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.