Tuesday, April 22, 2008

AAJ e YOKOSO


Selamat datang kepada kumpulan ke 27 ke AAJ dan semoga dapat mengamalkan konsep sabar dan syukur dalam mendalami ilmu persediaan ke Jepun di AAJ....wasallam

Sunday, April 20, 2008

TAZKIRAH 8: renungkanlah.....

Antara 9 Mimpi Rasulullah SAW;
Dari Abdul Rahman Bin Samurah ra, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan......"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku dikerumuni oleh syaitan dan iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sunday, April 13, 2008

KENALI BUDAYA MELAYU 1


GOTONG-ROYONG USUNG RUMAH

Kegiatan mengusung rumah yang suatu ketika dahulu merupakan tradisi dalam masyarakat Melayu negeri asal saya iaitu Perlis dan kian dilupakan namun di Kampung Katong dekat Kangar, kegiatan itu disegarkan semula.Semalam(12.4.2008), lebih 250 penduduk berkumpul di Kampung Katong,Perlis bagi menyegarkan semula kegiatan itu dengan mengusung sebuah rumah pusaka kepunyaan Ahmad Rizal Azmi, 32, untuk dipindahkan ke lokasi yang berhampiran.

Dengan mengumpul seluruh tenaga kaum lelaki yang menyertai kegiatan itu, rumah papan bertiang itu dapat diusung dan dipindahkan sejauh 10 meter daripada tapak asalnya.Turut menyertai kegiatan itu ialah ADUN Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail yang mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau melihat kembali kegiatan mengusung rumah yang telah lama menjadi ditinggalkan.Beliau berkata, kegiatan itu jelas menggambarkan bahawa budaya Melayu masih segar di Perlis.Selepas berjaya mengusung rumah berkenaan, orang ramai turut disajikan dengan nasi beriani dan minuman sejuk serta panas(Olahan dari Utusan Malaysia).

Friday, April 11, 2008

KENALI BUDAYA JEPUN 2


Working in a group in Japan requires the development of successful channels of communication, and the sense of difference from those who are not members of the group. Social interaction beyond that which occurs with individuals with whom one lives and works is a necessity in contemporary society.
If the exchange is brief and relatively insignificant, such as buying a newspaper, anonymity will be maintained. But if the relationship is expected to continue over a long period, whether in business, marriage, employment, or neighborhood, great care is likely to be invested in establishing and maintaining good relationships. Such relationships are often begun by using the social networks of a relative, friend, or colleague who can provide an introduction to the desired person. That values is common in many aspects of Japanese life.

Wednesday, April 9, 2008

SELAMAT BELAJAR kump ke 25!


Selamat memasuki alam baru 8 April yang lalu di Universiti-universiti Jepun....Gambatte kudasai...勉強のことを忘れないでね。

TAZKIRAH 7


Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu, Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga elemen yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua diantaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan hartanya akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya".
(Bukhari & Muslim)

Tuesday, April 8, 2008

KENALI BAHASA JEPUN

UCAP SELAMAT
おはようございます/ohayou gozaimasu / selamat pagi

こんにちは / konnichiwa / selamat tengahari @hello,apakhabar

こんばんは / konbanwa / selamat petang @ malam

おげんきですか / ogenki desuka / apakhabar,sihatkah?

はい、おかげさまで/hai,okagesamade / ya,khabar baik,sihat