Sunday, September 14, 2008
Autumn Fall in Tokyo
Saya dan keluarga yang berada di Hachioji, Tokyo, Jepun mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Fitri dan maaf zahir dan bathin kepada saudara-mara,rakan-rakan dan sahabat handai yang mengenali saya,walau di mana berada terutamanya mereka di Malaysia.
1 Syawal 1429H
Sunday, June 29, 2008
DUNIA TERLALU TUA, AKHIRAT MENJELANG TIBA
INILAH yang dikatakan Islam asalnya dagang dan akan kembali dagang maka beruntunglah orang yang mempertahankan Islam di waktu dagangnya.
Sebenarnya setiap apa permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan kita, kita perlu melihat kembali bagaimana ia diselesaikan sewaktu Rasulullah masih bersama dengan umat Islam.Apa yang berlaku pada masyarakat hari ini adalah ketandusan contoh. Anak-anak muda mengambil contoh yang terhidang seperti di INTERNET,TV,MEDIA MASSA YANG LAIN.Sedihnya kebanyakannya yang negatif. Begitulah manusia begitu ketandusan contoh.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu teladan yang baik, jadi mengapa kita tidak cuba mengenali Rasul kita dan menjadikan baginda contoh ikutan di dalam segenap aspek kehidupan.nasihat untuk diri saya juga, marilah kita sama-sama menteladani peribadi Rasulullah s.a.w. untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.
Selamat menyambut bulan Rejab.

Monday, June 2, 2008
Mintalah dengan Allah!!
Mengelakkan suami/isteri dan anak2 bergaduh:Surah Al Baqarah - Ayat 102
Semoga anak2 pandai belajar :Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Semoga anak2 lembut hati/elak panas baran:Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,S.Al Hasyr - Ayat 22-24
Kepada anak2 malas sekolah:Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding diri: Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam:Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Sebagai pendinding rumah:Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air dan spray sekeliling rumah.
**Fahami maknanya dan amalkan dengan ikhlas...walahu'alam
Monday, May 5, 2008
BUKU-BUKU BAKAL DITERBITKAN JUN~OGOS 08
Pengarang Zainol AAJ dijangka dapat menerbitkan 4 @ 5 buah buku menjelang Jun ke Ogos tahun ini.Buku-buku itu berkaitan dengan bahasa dan juga budaya Jepun.
Antara judul-judulnya ialah:
1 Ocha ke Kopi O
2 Syoknya bahasa Jepun
3 Syoknya bahasa Melayu
4 Kamus Medik Tri Lingual
5 Kamus Kata Kerja Tri Lingual
nantikan keluarannya tidak lama lagi!!!!!
TAKRAW AMAL 1ST MAY 08
Semangat silaturrahim berjaya diwujudkan dengan mengadakan pertandingan sepaktaraw Al Ulum kd 9 dan 7 regu telah mengambil bahagian.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berusaha Dato' Termizi. Sumbangan amal kepada surau Al Ulum berjaya dikutip sebanyak RM325.80 dan diserahkan kepada Pengerusi Surau,Tuan Haji Ali Mungai. Terima kasih kepada penyumbang khususnya ahli kelab takraw Al Ulum KD9.
Tuesday, April 22, 2008
AAJ e YOKOSO
Sunday, April 20, 2008
TAZKIRAH 8: renungkanlah.....
Antara 9 Mimpi Rasulullah SAW;
Dari Abdul Rahman Bin Samurah ra, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan......"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku dikerumuni oleh syaitan dan iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sunday, April 13, 2008
KENALI BUDAYA MELAYU 1
GOTONG-ROYONG USUNG RUMAH
Kegiatan mengusung rumah yang suatu ketika dahulu merupakan tradisi dalam masyarakat Melayu negeri asal saya iaitu Perlis dan kian dilupakan namun di Kampung Katong dekat Kangar, kegiatan itu disegarkan semula.Semalam(12.4.2008), lebih 250 penduduk berkumpul di Kampung Katong,Perlis bagi menyegarkan semula kegiatan itu dengan mengusung sebuah rumah pusaka kepunyaan Ahmad Rizal Azmi, 32, untuk dipindahkan ke lokasi yang berhampiran.
Dengan mengumpul seluruh tenaga kaum lelaki yang menyertai kegiatan itu, rumah papan bertiang itu dapat diusung dan dipindahkan sejauh 10 meter daripada tapak asalnya.Turut menyertai kegiatan itu ialah ADUN Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail yang mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau melihat kembali kegiatan mengusung rumah yang telah lama menjadi ditinggalkan.Beliau berkata, kegiatan itu jelas menggambarkan bahawa budaya Melayu masih segar di Perlis.Selepas berjaya mengusung rumah berkenaan, orang ramai turut disajikan dengan nasi beriani dan minuman sejuk serta panas(Olahan dari Utusan Malaysia).
Friday, April 11, 2008
KENALI BUDAYA JEPUN 2
Working in a group in Japan requires the development of successful channels of communication, and the sense of difference from those who are not members of the group. Social interaction beyond that which occurs with individuals with whom one lives and works is a necessity in contemporary society.
If the exchange is brief and relatively insignificant, such as buying a newspaper, anonymity will be maintained. But if the relationship is expected to continue over a long period, whether in business, marriage, employment, or neighborhood, great care is likely to be invested in establishing and maintaining good relationships. Such relationships are often begun by using the social networks of a relative, friend, or colleague who can provide an introduction to the desired person. That values is common in many aspects of Japanese life.
Wednesday, April 9, 2008
SELAMAT BELAJAR kump ke 25!
TAZKIRAH 7
Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu, Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga elemen yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua diantaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan hartanya akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya".
(Bukhari & Muslim)
Tuesday, April 8, 2008
KENALI BAHASA JEPUN
UCAP SELAMAT
おはようございます/ohayou gozaimasu / selamat pagi
こんにちは / konnichiwa / selamat tengahari @hello,apakhabar
こんばんは / konbanwa / selamat petang @ malam
おげんきですか / ogenki desuka / apakhabar,sihatkah?
はい、おかげさまで/hai,okagesamade / ya,khabar baik,sihat

SWEET MEMORY( ISI,TOKYO )
TAZKIRAH 6:RENUNGKANLAH.....
HAIRAN!duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma surau@masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
HAIRAN!15 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk berkaraoke atau melalak.
HAIRAN!betapa lamanya satu jam mengikuti kuliah di surau @ masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu sewaktu menonton realiti tv
HAIRAN! pasar malam nun jauh berkilo sanggup berkereta pergi tapi surau dekat rumah pun rasa berat kaki nak melangkah
HAIRAN!susahnya bangun solat tahajjud , tapi betapa mudahnya bangun terkejut nak tengok Bola.
HAIRAN!rasa susah sungguh nak habiskan Al-Quran walau satu halaman tapi AKHBAR harian bermuka-muka habis dikhatam.
RENUNGKANLAH.......
Monday, April 7, 2008
TAZKIRAH 5
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;
"Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah(ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap.Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia... Hadis R. oleh Muslim
Keterangan Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi,tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah SWT dengan ilmu".

TAZKIRAH 4
hadith diriwayatkan oleh Mu’adz bahawa baginda rasulullah SAW telah bersabda,
"Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap."

TAZKIRAH 3
KENALI MAKANAN JEPUN 3
AAJ Cucumber Sushi Roll
INGREDIENTS:
• 4 cups sushi rice
• 4 sheets of nori (dried seaweed)
• 1 cucumber
PREPARATION:
Cut the cucumber into thin and long sticks. Put a nori sheet on top of a bamboo mat (makisu). Spread sushi rice on top of the nori sheet. Place the cucumber sticks lengthwise on the rice.
Roll up the bamboo mat, pressing forward to shape the sushi into a cylinder. Press the bamboo mat firmly and remove it from the sushi. Cut the rolled sushi into bite-sized pieces.
KENALI MAKANAN JEPUN 2
HOW TO MAKE KD9 SUSHI
INGREDIENTS:
• 4 cups sushi rice (Japanese rice only)
• 4 sheets of nori (dried seaweed)
• 1 avocado
• 3/4 cup crab meat
• 2 tbsp mayonnaise
• 1/2 tsp salt
PREPARATION:
Peel an avocado and cut it into strips or mash it. Put imitation crab in a bowl and mix with salt and mayonnaise. Cover a bamboo mat with plastic wrap. Put a sheet of dried seaweed on top of the mat. Spread sushi rice on top of the seaweed and press firmly. Sprinkle sesame seeds over the sushi rice. Turn the sushi layer over so that the seaweed is on top. Place avocado and crab lengthwise on the seaweed. Roll the bamboo mat forward, pressing the ingredients inside the cylinder-shaped sushi. Press firmly the bamboo mat with hands, then remove the rolled sushi. Cut the sushi roll into bite-size pieces.

Sunday, April 6, 2008
TAZKIRAH 2
PERKONGSIAN PERINGATAN
Malaikat: diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.
Haiwan: diberi nafsu, tidak diberi kepadanya akal.
Manusia: diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.
Kalau akal manusia dapat mengalahkan nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah. Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, maka turunlah dia kepada darjat haiwan.
Cara kita menguasai nafsu:
hendaklah melawan nafsu dari bertindak mengikut kehendaknya
hendaklah memberati dengan amal ibadat yang bertimbun
Hendaklah memohon doa serta bantuan Allah, moga diselamatkan dari angkara jahanam nafsu yang amat merbahaya
Minta diteguhkan iman dan taqwa serta berkekalan hingga ke akhir hayat..

PANTUN NASIHAT
JALAN-JALAN KE KUALA LUMPUR
SINGGAR SEBENTAR DI ONE UTAMA
UNTUK MEMBELI DVD KOSONG
JIKA KITA HENDAK BERHIBUR
PASTIKAN SELARI DENGAN AGAMA
SUPAYA AKIDAHMU TIDAK TERPESONG
SINGGAR SEBENTAR DI ONE UTAMA
UNTUK MEMBELI DVD KOSONG
JIKA KITA HENDAK BERHIBUR
PASTIKAN SELARI DENGAN AGAMA
SUPAYA AKIDAHMU TIDAK TERPESONG
KENALI MAKANAN JEPUN 1
HOW TO MAKE ZAINOL SUSHI
The first step in making sushi is preparing the sushi rice. There are many recipes for sushi rice available, but all produce similar results. The goal is for the rice to be light and fluffy, yet sticky. Sushi rice may be prepared by stove top or in an electric rice cooker.
Sushi Rice Ingredients:
• 3 cups Japanese style Sushi Rice (do not use BERAS SIAM @ MALAYSIA @ PULUT)
• 3 1/4 cups Water
• 1/3 cup Rice Wine Vinegar
• 2 tablespoons Sugar
• 1 teaspoon Salt
Sushi Rice Preparation:
1. Before cooking, rinse rice several times in running water until the water runs clear (this may take several rinsings).
2. Prepare sushi vinegar (sushi-zu) by mixing rice vinegar, sugar and salt in a small pan. Place pan on low heat and cook until sugar dissolves.
3. Allow the vinegar mixture to cool.
4. Spread the cooked hot rice into a large plate (or a traditional wooden bowl, called sushi-oke) by spatula (called shamoji).
5. Sprinkle the vinegar mixture over the rice and fold into the rice by spatula quickly. Do not smash the rice.
6. To cool and remove the moisture of the rice well, use a fan as you mix sushi rice. This will give sushi rice a shiny look.
7. After cooling, use the sushi rice immediately. Makes about 6 cups of sushi rice.
PUISI BUDAYA
KE TIMURKAH KITA
Ku jejaki pulau mentari terbit seawal pagi
Tanpa ku duga
Tanpa ku rasa
Tanpa ku impikannya
Tanpa upaya ke sana di awalnya
Rupanya kegigihan negara serumpun ASIA
Menggamit memori perjalananku
bersama desupan shinkansen meluncur laju
Sakura, Fuji, Tokyo, Hokkaido sehinggakan
Sushi, tempura, sashimi telah ku kenali dan hayati.
wakarimasen, sumimasen, soudesune
Ku mengerti dan menusuk ke mindaku
Untuk apa ku jelajahi
Untuk apa ku terokai
Untuk apa ku menyusahi diri
Untuk apa ku mamahkan usiaku di bumi Sakura ini
Jika dulu datuk,nenekku membenci
Kesiksaan ,kepayahan diselubungi
Linangan airmata mengenang kembali
Akhirnya
Tatkala petir peluru ,guruh atom di Hiroshima dan Nagasaki
melewati mereka
Bangkit semula mereka
Memulakan satu era penaklukan baru
Kemajuan teknologi berteraskan etika
25 tahun lalu, kita bangun merenung semula
membuka bicara, menganggukkan kata
Meterai suatu pengembaraan untuk generasi anak bangsa
Mencontohi hasil tuaian emas di sebelah Timur sana
Anak-anak muda desa dan kota
Yang gemilang mindanya
Bersama MENGAMPUHKAN negara

Saturday, April 5, 2008
PESANAN MULIA KEPADA "GURU"
Tatasusila ialah peraturan kerja yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang melaksanakan tugasnya.
Seperti seorang doktor, guru perlu ada etika apabila ia menjalankan tugasnya. Seorang guru ia mesti mengutamakan pesakitnya.
Ia mesti berusaha menolong pesakit dengan sedaya upaya. Begitu juga seorang guru. Mengikut prinsip etika guru, ia tidak boleh hanya suka mengajar kepada pelajar yang pandai, atau kelas yang pandai sahaja.
Guru tidak boleh sayang kepada pelajar yang pandai dan tidak sayang kepada pelajar yang kurang pandai.
Tugas mengajar guru sepatutnya tidak ada pilih kasih walaupun pelajarnya berlainan kaum, bangsa atau agama.
Sepatutnya semua guru tidak membezakan sayangnya kepada pelajar. Walaupun untuk mencapainya tidak mudah, ia sepatutnya masih menjadi harapan yang unggul kepada semua guru.
Guru yang sayangkan pelajarnya bukan dengan memanjakan pelajarnya.
Ia tidak boleh membenarkan pelajarnya tidak membuat kerja rumah dengan kemas. Ia juga tidak sepatutnya membiarkan pelajar tercicir dalam pelajarannya. Salah satu tindakannya adalah dengan mendisiplinkan pelajar masing-masing.
Pelajar yang didisiplinkan oleh guru adalah pelajar yang disayangi oleh guru.

Friday, April 4, 2008
HEALTHY SPORT
KENALI BAHASA JEPUN
やさしい にほんご( yasashi nihongo ) BAHASA JEPUN MUDAH
A: MENGENALI KATA KERJA どうし ‘Motion verb’
ikimasu いきます pergi
kimasu きます datang
kaerimasu かえります pulang
A: MENGENALI KATA KERJA どうし ‘Motion verb’
ikimasu いきます pergi
kimasu きます datang
kaerimasu かえります pulang
TAZKIRAH
BERBUAT DOSA KECIL ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERBUAT AMALAN YANG BAIK TETAPI ADA UNSUR RIAK.OLEH ITU BERAMALLAH DENGAN IKHLAS AGAR DITERIMA ALLAH SWT
SELAMAT DATANG DAN KONNICHIWA
SEMOGA DAPAT BERKONGSI PENGALAMAN , BELAJAR BAHASA JEPUN DAN JUGA BERTAZKIRAH BERSAMA SAYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)