Saturday, April 5, 2008

PESANAN MULIA KEPADA "GURU"

Tatasusila ialah peraturan kerja yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang melaksanakan tugasnya.
Seperti seorang doktor, guru perlu ada etika apabila ia menjalankan tugasnya. Seorang guru ia mesti mengutamakan pesakitnya.
Ia mesti berusaha menolong pesakit dengan sedaya upaya. Begitu juga seorang guru. Mengikut prinsip etika guru, ia tidak boleh hanya suka mengajar kepada pelajar yang pandai, atau kelas yang pandai sahaja.
Guru tidak boleh sayang kepada pelajar yang pandai dan tidak sayang kepada pelajar yang kurang pandai.
Tugas mengajar guru sepatutnya tidak ada pilih kasih walaupun pelajarnya berlainan kaum, bangsa atau agama.
Sepatutnya semua guru tidak membezakan sayangnya kepada pelajar. Walaupun untuk mencapainya tidak mudah, ia sepatutnya masih menjadi harapan yang unggul kepada semua guru.
Guru yang sayangkan pelajarnya bukan dengan memanjakan pelajarnya.
Ia tidak boleh membenarkan pelajarnya tidak membuat kerja rumah dengan kemas. Ia juga tidak sepatutnya membiarkan pelajar tercicir dalam pelajarannya. Salah satu tindakannya adalah dengan mendisiplinkan pelajar masing-masing.
Pelajar yang didisiplinkan oleh guru adalah pelajar yang disayangi oleh guru.

No comments: