Sunday, April 13, 2008

KENALI BUDAYA MELAYU 1


GOTONG-ROYONG USUNG RUMAH

Kegiatan mengusung rumah yang suatu ketika dahulu merupakan tradisi dalam masyarakat Melayu negeri asal saya iaitu Perlis dan kian dilupakan namun di Kampung Katong dekat Kangar, kegiatan itu disegarkan semula.Semalam(12.4.2008), lebih 250 penduduk berkumpul di Kampung Katong,Perlis bagi menyegarkan semula kegiatan itu dengan mengusung sebuah rumah pusaka kepunyaan Ahmad Rizal Azmi, 32, untuk dipindahkan ke lokasi yang berhampiran.

Dengan mengumpul seluruh tenaga kaum lelaki yang menyertai kegiatan itu, rumah papan bertiang itu dapat diusung dan dipindahkan sejauh 10 meter daripada tapak asalnya.Turut menyertai kegiatan itu ialah ADUN Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail yang mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau melihat kembali kegiatan mengusung rumah yang telah lama menjadi ditinggalkan.Beliau berkata, kegiatan itu jelas menggambarkan bahawa budaya Melayu masih segar di Perlis.Selepas berjaya mengusung rumah berkenaan, orang ramai turut disajikan dengan nasi beriani dan minuman sejuk serta panas(Olahan dari Utusan Malaysia).

No comments: